Tarikh : 16 Mei 2013 (Khamis)
Masa : 12.00 tengahari - 2.00 petang
Tempat : Zon B - Secrect Recepie, KLCC, Kuala Lumpur.
Kehadiran
1. Mohamad Norman Mohd Nordin
2. Hisham Hamdan
3. Nasrah Abd. Rahim
Tidak hadir dengan kenyataan
1. Norman Jalil
Topik perbincangan
- Pemilihan lokasi hanya akan diketahui apabila selesai proses undian dijalankan. Keputusan rasmi undian hanya akan dapat di ketahui pada 17 Mei 2013. Sehingga ke hari ini, saingan hebat antara Melaka dan Cherating sedang berlaku. Mesyuarat bersetuju sekiranya Melaka di pilih untuk menjadi tempat HKJP SKT88, perwakilan dari Lembah Kelang akan mencari hotel yang sesuai dan jika Cherating dipilih untuk menjadi tempat HKJP SKT88, perwakilan dari Kuantan akan menguruskan tempat yang sesuai.
- Tarikh cadangan terbaru dicadangkan adalah 21-22 September 2013. Tarikh ini dipilih kerana Norman tiada kelapangan pada tarikh asal (14-15 September 2013). Walau bagaimana pun keputusan untuk penundaan tarikh ini hanya akan dilaksanakan dengan persetujuan semasa mesyuarat yang akan diadakan di Zon A dan Zon C nanti.
- Mesyuarat mencadangkan harga hotel yang sesuai adalah di bawah anggaran harga RM 250.00.
- Kehadiran dan jemputan akan diwar-warkan melalui Facebook, Whatsapp dan Blog. Senarai kehadiran perlu disediakan terlebih awal kerana hotel perlu di tempah terlebih dahulu.
- Aktiviti dan sukaneka (sila rujuk cadangan jadual aktiviti HKJP SKT88)
- Mesyuarat mencadangkan agar urusan makan dan minum akan dikendalikan mengikut pakage hotel. (sila rujuk cadangan jadual aktiviti HKJP SKT88)
Cadangan jadual aktiviti
Sabtu, 21 September 2013
1400 - Peserta mula check-in hotel
1600 - Aktiviti ice-breaking/suaikenal (mohon dewan jika ada) - Pasangan aktiviti bebas.
1730 - Minum petang
1800 - Bersurai
2000 - Majlis makan malam BBQ (aktiviti diuruskan oleh Penyelaras Acara)
2300 - Bersurai
Ahad, 22 September 2013
0730 - Sarapan pagi (diuruskan oleh Hotel)
0830 - Senamrobik (di uruskan oleh Penyelaras Sukaneka)
0845 - Acara sukaneka berlangsung (di uruskan oleh Penyelaras Sukaneka)
0900 - Sukaneka kanak-kanak dan dewasa (di uruskan oleh Penyelaras Sukaneka)
1100 - Majlis penyampaian hadiah
1200 - Check-out
Selesai sudah perkara yang dibincangkan dan di persetujui di dalam Mesyuarat Penyelarasan Reunion Hari Keluarga Jubli Perak Sekolah Kebangsaan Teruntum 1988 Zon B. Mesyuarat di tangguhkan pada jam 2.00 petang.
