13 October 2013

27 July 2013

Majlis Berbuka Puasa SKT88 Di Sentral Kuantan Hotel Tarikh : 27hb Julai 2013 Jam : 7.00pm

Majlis Berbuka Puasa SKT88 Di Sentral Kuantan Hotel
Tarikh : 27hb Julai 2013
Jam : 7.00pm



16 May 2013

Mesyuarat Penyelarasan Reunion HKJP SKT88 - Zon B

Mesyuarat Penyelarasan Reunion Hari Keluarga Jubli Perak Sekolah Kebangsaan Teruntum 1988 (Zon B) telah diadakan pada:

Tarikh : 16 Mei 2013 (Khamis) 
Masa : 12.00 tengahari - 2.00 petang 
Tempat : Zon B - Secrect Recepie, KLCC, Kuala Lumpur.

Kehadiran
1. Mohamad Norman Mohd Nordin
2. Hisham Hamdan
3. Nasrah Abd. Rahim

Tidak hadir dengan kenyataan
1. Norman Jalil

Topik perbincangan
  1. Pemilihan lokasi hanya akan diketahui apabila selesai proses undian dijalankan. Keputusan rasmi undian hanya akan dapat di ketahui pada 17 Mei 2013. Sehingga ke hari ini, saingan hebat antara Melaka dan Cherating sedang berlaku. Mesyuarat bersetuju sekiranya Melaka di pilih untuk menjadi tempat HKJP SKT88, perwakilan dari Lembah Kelang akan mencari hotel yang sesuai dan jika Cherating dipilih untuk menjadi tempat HKJP SKT88, perwakilan dari Kuantan akan menguruskan tempat yang sesuai.
  2. Tarikh cadangan terbaru dicadangkan adalah 21-22 September 2013. Tarikh ini dipilih kerana Norman tiada kelapangan pada tarikh asal (14-15 September 2013). Walau bagaimana pun keputusan untuk penundaan tarikh ini hanya akan dilaksanakan dengan persetujuan semasa mesyuarat yang akan diadakan di Zon A dan Zon C nanti.
  3. Mesyuarat mencadangkan harga hotel yang sesuai adalah di bawah anggaran harga RM 250.00.
  4. Kehadiran dan jemputan akan diwar-warkan melalui Facebook, Whatsapp dan Blog. Senarai kehadiran perlu disediakan terlebih awal kerana hotel perlu di tempah terlebih dahulu.
  5. Aktiviti dan sukaneka (sila rujuk cadangan jadual aktiviti HKJP SKT88)
  6. Mesyuarat mencadangkan agar urusan makan dan minum akan dikendalikan mengikut pakage hotel. (sila rujuk cadangan jadual aktiviti HKJP SKT88)
Cadangan jadual aktiviti

Sabtu, 21 September 2013
1400 - Peserta mula check-in hotel
1600 - Aktiviti ice-breaking/suaikenal (mohon dewan jika ada) - Pasangan aktiviti bebas.
1730 - Minum petang
1800 - Bersurai
2000 - Majlis makan malam BBQ (aktiviti diuruskan oleh Penyelaras Acara)
2300 - Bersurai

Ahad, 22 September 2013
0730 - Sarapan pagi (diuruskan oleh Hotel)
0830 - Senamrobik (di uruskan oleh Penyelaras Sukaneka)
0845 - Acara sukaneka berlangsung (di uruskan oleh Penyelaras Sukaneka)
0900 - Sukaneka kanak-kanak dan dewasa (di uruskan oleh Penyelaras Sukaneka)
1100 - Majlis penyampaian hadiah
1200 - Check-out

Selesai sudah perkara yang dibincangkan dan di persetujui di dalam Mesyuarat Penyelarasan Reunion Hari Keluarga Jubli Perak Sekolah Kebangsaan Teruntum 1988 Zon B. Mesyuarat di tangguhkan pada jam 2.00 petang.

10 May 2013

Selamat datang ke blog Geng Sekolah Kebangsaan Teruntum 88


Selamat datang ke blog Geng Sekolah Kebangsaan Teruntum 88 ! Blog ini disediakan untuk tujuan berikut:
  • Mengeratkan semula hubungan yang sudah lama terpisah.
  • Menyingkap kembali sejarah, kenangan suka/ duka bersama.
  • Mengimbau kembali pencapaian semua.
  • Memuatkan gambar-gambar lama dan terbaru.
  • Medium untuk menyampaikan berita (perkahwinan, kelahiran, menimang cucu dsb) dan penganjuran aktiviti (tts, gathering, konvoi, melancong dsb.)
Pada perancangan asal, blog ini akan menyenaraikan nama, kelas, gambar tekini, tempat tinggal semasa dan karier semua bekas pelajar SKT 88. Dengan adanya senarai nama ini, semua ahli dapat bertukar-tukar pendapat, memperkembangkan perniagaan, mengeratkan semula hubungan yang terpisah dan bersama-sama bersatu sebagai satu kumpulan yang terhebat.

Semoga blog ini akan menjadi kenangan buat semua dan sebagai tatapan generasi akan datang. Sila email kepada saya atau rakan-rakan yang akan membantu bagi mengemaskini maklumat yang berkaitan bagi blog ini, agar ianya dapat dikongsi bersama semua hendaknya.

Dengan ini, pada tarikh ini 10 Mei 2013 blog ini secara rasminya memulakan operasinya.

18 April 2013

Pencalonan Jawatankuasa Induk RHKJP SKT88 2013

Pencalonan Jawatankuasa Induk RHKJP SKT88 2013
Assalamualaikum wbt... Kawan2 yg dihormati sekalian... bagi melicinkan perancangan & pelaksanaan cadangan majlis Reunion Hari Keluarga Jubli Perak SKT 88 (Ringkasan : RHKJP SKT88) julung2 kalinya dalam tempoh 25 tahun ini...maka, satu Jawatankuasa Induk dipersetujui utk dibentuk... Mengambil mood & ruang kehangatan Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) nie... dengan sukacitanya membuka pencalonan kpd kawan2 semua untuk jawatan-jawatan di bawah :


Kawan2 boleh menawarkan diri secara sukarela atau boleh mencalonkan 1 nama bagi setiap jawatan... Pencalonan bermula hari ini 8 April hingga 30 April 2013… Tempoh pengundiaan akan diumumkan kemudian…

Sebarang komen, cadangan atau maklum balas kwn2 amat2 dialu-alukan dan dihargai...Silaturrahim Membawa Berkat..

Pencadang,
Hadizam.